KOTA KINABALU: Jumlah miskin tegar di Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah (KIR) setakat 24 Mac, berbanding 22,510 KIR pada tiga tahun lepas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata antara daerah mempunyai KIR kemiskinan tegar ialah Tuaran, dengan setakat bulan lepas hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan itu, berkurangan berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.
Beliau berkata penurunan itu memperlihatkan bahawa kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menoktahkan miskin tegar menjadi keutamaan dalam membangunkan Negeri di Bawah Bayu itu.
"Dalam kita merancang pembangunan besar, kita tidak lupa golongan miskin tegar. Kita ada sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang ditugaskan menangani isu kemiskinan di Sabah," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Hajiji berkata antara inisiatif dilaksanakan bagi menoktahkan miskin tegar ialah pembinaan Rumah Mesra SMJ, yang mana setiap tahun 1,500 rumah diberikan kepada mereka yang tersenarai dalam e-kasih.
"Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan 20 rumah, jadi sekarang ini sudah ada 3,000 rumah diberi kepada golongan miskin tegar, yang ada dalam senarai e-kasih.
"Maknanya, kerajaan memandang serius masalah kemiskinan tegar dan berusaha membantu melalui pelbagai cara, bukan saja bantuan rumah, malah dibantu memulakan perniagaan kecil-kecilan supaya statistik mereka dapat diturunkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Hajiji berkata antara inisiatif dilaksanakan bagi menoktahkan miskin tegar ialah pembinaan Rumah Mesra SMJ, yang mana setiap tahun 1,500 rumah diberikan kepada mereka yang tersenarai dalam e-kasih. - Gambar fail/BERNAMA
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.
Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen
Romlee dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
AWANI Pagi: Malaysia Artificial Intelligence Nexus
Ikuti AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry, siaran langsung dari World Trade Centre, Kuala Lumpur, sempena pelancaran Malaysia Artificial Intelligence Nexus.
Diskusi bersama Dr. Muhammad Akmal Remli, Pengarah AIBIG, Fakulti Sains Data Dan Komputeran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & Prof Dr Amir Akramin Shafie Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
#AWANInews #AWANIPagi
Diskusi bersama Dr. Muhammad Akmal Remli, Pengarah AIBIG, Fakulti Sains Data Dan Komputeran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & Prof Dr Amir Akramin Shafie Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
#AWANInews #AWANIPagi
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
AWANI Ringkas: Wanita sukar keluar daripada garis kemiskinan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'MFL jangan bersikap ego'
Mohd Faizal berkata, penundaan tarikh dibuat atas faktor keselamatan bukan sahaja pengurusan pasukan dan pemain, malah penyokong.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Miskin tegar di Terengganu akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan
Setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.
Miskin tegar di Pulau Pinang bakal diselesaikan sepenuhnya hujung Mei ini
Kemiskinan tegar di Pulau Pinang dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya akhir bulan ini hasil usaha dan inisiatif kerajaan Persekutuan.
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
KUSKOP, Sekretariat SMJ bincang intervensi tangani miskin tegar Sabah - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) akan berbincang mengenai intervensi menangani kemiskinan tegar di negeri ini.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Miskin tegar Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah - Hajiji
Setakat bulan lepas, hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan miskin tegar direkodkan di Tuaran, berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.